ZIARAH PAS WANGSA MAJU CAKNA KEBAJIKAN MASYARAKAT

Muhammad Hakim Al-Hashimi

Wangsa Maju – PAS Kawasan Wangsa Maju menggerakan Program Ziarah Mahabbah di sekitar Sg Merali, Sg Mulia dan Kampung Puah di sini hari ini.

Ziarah ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kesulitan dihadapi golongan tersebut dan membuktikan PAS merupakan parti yang mementingkan kebajikan saudara se-Islam.

Kepimpinan dan gerak kerja PAS sememangnya amat sinonim dengan usaha-usaha kebajikan serta sering turun ke lapangan dalam menyantuni rakyat.

Ini kerana apabila tidak turun sendiri kita tidak dapat mengetahui apa yang dihadapi rakyat, terutamanya pada mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, ditimpa kesusahan dan sebagainya.

Dengan cara begini secara tidak langsung kita dapat berkongsi suka duka dihadapi masyarakat bagi memastikan setiap dari mereka sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.

Untuk meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat setempat, Yang Dipertua PAS Wangsa Maju , Ustaz Abdul Rani telah menghulurkan sumbangan.

Turut hadir di dalam program ziarah ini ialah Ketua PAS Cawangan Sg Mulia, Ustaz Mohd Fazrul, Ketua PAS Cawangan Sg Merali, Haji Sulaiman Ismail, Ketua PAS Cawangan Kampung Puah , Haji Idris Jamil.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.