WARKAH HARI MALAYSIA 2020

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Sabah dan Sarawak serta Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Rentetan sejarah ini haruslah dihayati terutama oleh generasi muda agar nikmat perpaduan dan keamanan yang dikecapi hari ni dapat berkekalan.

Saya dan seluruh ahli jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2020 kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga Wangsa Maju.

MalaysiaPrihatin

IslamMemperkukuhPerpaduan

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.