UCAPAN YDP PAS WANGSA MAJU SEMPERNA HARI RAYA AIDILADHA 2020 / 1441H

بسم الله الرحمن الرحيم

الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر ولله الحمد

Alhamdulillah di hari yang mulia ini kita, umat Islam di Malaysia, dapat sekali lagi menyambut Hari Raya AidilAdha dalam keadaan norma baharu.

Seperti biasa sebagai umat Islam yang patuh kepada Allah s.w.t. dan segala perintahnya kita akan menyempurnakan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan seperti yang disunatkan oleh agama kita.

Korban pada zahirnya disunatkan ke atas kita yang mampu untuk membuat penyembelihan ke atas binatang seperti lembu, kambing dan sebagainya agar dagingnya dapat diagih-agihkan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak berkemampuan.

Dari sini dapatlah kita mempelajari bahawa ajaran Islam memupuk satu masyarakat yang prihatin, penyayang dan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, warna kulit ataupun fahaman politik.

Korban juga membawa makna yang lebih daripada itu. Islam menyeru umatnya supaya sentiasa bersatu padu dan mengelakkan daripada perpecahan agar nasib umat Islam sentiasa terbela dan martabat agama Islam itu sendiri akan terus terpelihara. Kita harus mengetepikan segala kepentingan diri bagi kebaikan masyarakat kita.

Justeru itu, seluruh saff kepimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. agar Malaysia bebas pandemik Covid-19 dan jemaah Malaysia dapat melakukan ibadah Haji pada tahun hadapan.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر ولله الحمد

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.