SURAT TERBUKA MENELADANI PERISTIWA ISRA’, DAN MIKRAJ

Kita menyambut dan meraikan perjalanan jauh Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan mengambil iktibar dari sejarah pensyariatan solat. Umum mengetahui bahawa Rasulullah berdepan dengan dukacita dengan pemergian Saiyidatuna Khadijah (ra) dan bapa saudaranya Abu Talib. Bagi Baginda Nabi shallahu ‘alaihi wasallam ianya adalah satu kehilangan yang besar dalam perjuangan penyebaran risalah Islam oleh Baginda.

Ekoran dari beberapa siri tekanan sehinggalah berlakunya pemulauan ke atas umat Islam di Mekah, kehilangan dua insan hebat yang sentiasa mendokongi Baginda tentulah memberi kesan besar dalam dakwah siri dakwah Baginda.

Walau bagaimanapun, Allah telah mengatur satu perjalanan yang penuh dengan keagungan dan memberikan hadiah ketenangan tatkala Baginda diselubungi kesedihan.

Peristiwa penting ini memberi pelajaran kepada kita bahawa perhubungan dengan Allah adalah solusi untuk mengeluarkan dukacita dan kesedihan. Ketahuilah, solat adalah bentuk yang digambarkan oleh Allah bagi menghilangkan dukacita kerana kita menyandarkan segala kedukaan kita dalam rupa bentuk kerendahan dan perhambaan kepadaNya yang terdapat di dalam solat.

Tatkala pandemic dunia masa kini melanda dunia, Malaysia adalah antara negara yang mencatat kes corona virus disease yang tertinggi di Asia. Sebagai manusia biasa, kita juga turut bimbang, khuatir dan kita juga takut dengan apa yang melanda. Maka, ambillah kesempatan ini untuk bina semula hubungan dengan Allah melalui solat.

Semoga dengan kehadiran bulan solat ini, kita sentiasa memperbaiki amalan solat kita. Mudah – mudahan, dengan memperbaiki hubungan dengan Allah melalui solat, Allah mengangkat kesedihan yang menyelubungi negara kita ketika ini.

Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju sekali lagi ingin mengajak kita semua untuk bersama membantu kerajaan dengan menyahut seruan kerajaan dan melakukan sesuai dengan apa yang telah diperintah oleh kerajaan kepada kita bagi membasmi COVID – 19.

Selain doa, kita juga boleh berusaha menghindari wabak ini dengan garis – garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau pematuhaan terhadap peraturan – peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Semoga Allah memelihara negara kita.

Demi Islam
Islam Memimpin Perpaduan

Mohd Abdul Hadi bin Mohd Ghazali
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.