PROGRAM ZIARAH KASIH

Hakim Al-Hashimi
13 Jun 2020

WANGSA MAJU :Program Ziarah Kasih merupakan program anjuran PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Setia Jaya disini semalam.

Program ini telah diadakan sekitar Wangsa Maju dan sebelum ini telah pun diadakan beberapa kali di sekitar Apartment Kenari, Kampung Sungai Mulia, Kampung Sungai Merali dan Kampung Puah sejak April 2020.

Pada program tersebut Pimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju telah menziarahi “rumah ke rumah” mereka yang sedang uzur di sekitar Kampung Setia Jaya. Antara rumah yang diziarahi tiga darinya adalah pesakit kronik dan YDP PAS Wangsa Maju, TYDP PAS Wangsa Maju dan NYDP PAS Wangsa Maju telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Sidek Bin Ismail (Stroke) Ahmad Radzi Bin Husin (Jantung) dan Haji Ali Bin Arshad (Minor Stroke).

Program sebegini merupakan antara medium merapatkan ukhuwah antara PAS Kawasan Wangsa Maju dan masyarakat setempat selaras dengan motto Islam Memimpin.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.