PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 2019

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Wangsa Maju telah menganjurkan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk bersempena bulan Ramadhan 1440H.

Gotong-royong, rewang dan aktiviti memasak bagi program tersebut telah dilakukan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Masjid Ikhtisamiah,Taman Melati yang diketuai oleh Encik Rahim Jonit.

Agihan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Wangsa Maju akan dilaksanakan bermula pada jam 5.00 petang.

Turut hadir ke Program memasak dan mengagihkan Bubur Lambuk Cikgu Azhar Timbalan Yang Dipertua PAS Wangsa Maju manakala Wakil Pemuda Saudara Nur Azmi Yusof Timbalan Ketua Pemuda Wangsa Maju dan Muslimat Wangsa Maju

Semoga usaha murni dalam menjayakan aktiviti ini sentiasa berterusan dan mendapat keberkatan serta sebaik-baik balasan daripada Allah S.W.T.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.