PAS WANGSA MAJU ZIARAH PAK SUBKY LATIF

Muhammad Hakim Al-Hashimi

Wangsa Maju: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan Ziarah Kasih kepada Veteran PAS Subky Bin Latif di kediamannya di Padang Balang, di sini semalam.

Kunjungan tersebut bagi melihat sendiri tokoh veteran PAS itu yang baru sahaja keluar dari wad hospital selepas mendapat rawatan berikutan tahap kesihatan beliau agak lemah mutakhir ini.

Turut hadir Ustaz Abu Bakar Bin Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya (iii) PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju dan Haji Azhar Bin Omar, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju.

Selain itu, Ustaz Rani telah menghulurkan sumbangan kepada Subky sebagai tanda keprihatinan kepada beliau.

Ustaz Abdul Rani memanjatkan doa agar Pak Subky Latif sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah S.W.T serta sentiasa diberi kekuatan serta kesabaran.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.