MUAFAKAT NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL TERUS DIPERKUKUH

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU – “Muafakat Nasional menjadi wadah PAS dan Umno menilai peranan dan tanggungjawab dalam usaha memperkukuh dan memantapkan penyatuan kedua-dua parti agar bergerak sebagai satu pasukan dan saling menguatkan.”

Berikut antara ucapan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamed ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Wangsa Maju di sini hari ini.

“Walaupun musuh politik kita sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan, mencengkam serta mengatur agenda licik supaya kita terus bersengketa, namun kerja dan perancangan Allah lagi Maha Bijaksana”, tegas beliau.

Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud pula dalam ucapannya menyeru seluruh ahli menyediakan diri dan melengkapkan sistem pilihan raya PAS di peringkat kawasan dan cawangan, selain memperkukuhkan kewangan serta sentiasa menjaga hubungan dengan Allah Taala.

Mesyuarat tetap hangat dengan perbahasan oleh perwakilan walaupun dijalankan dalam suasana norma baharu berikutan wabak COVID-19 dengan kehadiran kira-kira 50 orang perwakilan.

Antara yang dibahaskan oleh perwakilan adalah berkaitan agenda perpaduan nasional serta memantapkan peranan PAS kawasan sebagai pencetus gerakan politik di peringkat kawasan.

Jentera dan dana pilihanraya kawasan turut dilancarkan dengan gimik memecahkan tabung-tabung buluh disusuli bacaan ikrar jentera pilihanraya diketuai Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Wangsa Maju, Puzi Ahamat.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.