Malaysiaku, Tanah Airku!

Tarikh 16 September kembali lagi dengan sedikit berbeza wajahnya pada tahun 2020 ini.

Pandemik Covid-19 dan juga Kerajaan Perikatan Nasional sudah cukup menggambarkan bagaimana cukup unik untuk kita raikan Hari Malaysia pada tahun ini.

Kedua-duanya hadir dengan tidak dijangka, tetapi yakin dan pastilah hikmah kedua-duanya adalah membawa kesepakatan, perpaduan, dan kekuatan kita sebagai anak Malaysia.

PAS dengan telus ikhlas, mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas semangat kebersamaan yang diwajahkan dengan cukup baik dan mendapat pujian dunia.

Keyakinan PAS, Islam Memperkukuh Perpaduan akan terus dikongsi bersama dengan seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan latar belakang.

Kepada anak muda, ayuh bangun bersama Memimpin Negara untuk masa depan yang lebih gemilang.

MUHD IZZUDDIN HAMIDAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Wangsa Maju

IslamMemperkukuhPerpaduan

MemimpinNegara

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.