GELOMBANG MUAFAKAT PEMUDA PAS-UMNO WANGSA MAJU

MUHAMMAD HAKIM AL-HASHIMI
25 Julai 2020

WANGSA MAJU :Seramai 40 orang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju menjayakan program gotong royong, di sini hari ini.

Program yang berlangsung di beberapa madrasah dan surau terpilih antaranya Madrasah Nazariah Kampung Puah, Surau Aman Kampung Puah Lembah, Madrasah Nurul Muttaqin dan Madrasah Iktisamiah.

Program ini telah diputuskan dalam Meja Bulat Jawatankuasa Pemuda Parlimen Wangsa Maju yang bersidang pada 21 Julai lalu.

Objektif utama program ialah untuk memastikan persekitaran Madrasah dan surau sentiasa berada dalam keadaan bersih, terjaga serta terurus.

Menerusi program ini, peserta dapat merapatkan ukhuwwah bagi merealisasikan penyatuan ummah dalam rangka mewujudkan gelombang kerjasama PAS dan Umno di Wangsa Maju menuju PRU15.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Mohd Fazly Zainudin.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.