EDERAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU – Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan bersama Majlis Persatuan Penduduk Wangsa Maju telah menganjurkan kempen kibar Jalur Gemilang di Dewan Shazac Bestari, Taman Ibu Kota pada 16 Ogos.

Program bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat untuk lebih mencintai negara Malaysia yang telah merdeka lebih 60 tahun ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Majlis Persatuan Penduduk Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud, Penasihat Majlis Persatuan Penduduk Wangsa Maju, Dato’ Sri Shafie Abdullah, Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Encik Ng How Doo.

Terdapat juga agensi-agensi yang terlibat dalam program ini iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Persatuan-Persatuan Penduduk Zon dan Surau.

Aturcara utama program ialah pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang tahun 2020 selain edaran Jalur Gemilang kepada orang awam.

Dato’ Sri Shafie dalam ucapannya menyifatkan kibaran Jalur Gemilang membawa aura tersendiri dan perasaan berbeza kerana ianya lambang kecintaan kita kepada negara.

“Cinta terhadap tanah tumpah darah kita sepatutnya tidak berbelah bahagi dan dibuktikan dengan tindakan kita antaranya mengibarkan Jalur Gemilang”, tambah Ustaz Abdul Rani.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.