EDARAN BUBUR LAMBUK PAS KAWASAN WANGSA MAJU

EDARAN BUBUR LAMBUK PAS KAWASAN WANGSA MAJU MENJALINKAN HUBUNGAN MASYARAKAT.

Oleh :Hakim Al-Hashimi
26 Mei 2019

WANGSA MAJU: Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Wangsa Maju saban tahun melaksanakan program edaran bubur lambuk sekitar Wangsa Maju bagi mengeratkan hubungan antara PAS Kawasan Wangsa Maju dengan masyarakat setempat.

Aktiviti ini diadakan sebagai simbol semangat untuk memperoleh ganjaran pahala memberi makan orang berbuka disamping memupuk ukhuwah dikalangan ahli PAS bersama masyarakat sekeliling.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Wangsa Maju (LKKP WM) turun santuni hampir 400 penduduk sekitar Wangsa Maju di Hospital Tuanku Mizan, Balai Bomba Dan Penyelamat Wangsa Maju, Balai Polis Wangsa Maju, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Melati.

Program ini diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Puan Asiah Binti Mohd Baki dengan kerjasama Pemuda PAS Wangsa Maju dan Muslimat PAS Wangsa Maju mendapat sambutan yang mesra oleh penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Kawasan Wangsa Maju membuka tawaran kepada orang ramai untuk infak bagi menampung program-program kebajikan yang akan dilaksanakan sepanjang ramadan dan syawal yang bakal tiba. Sumbangan kewangan boleh disalurkan di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) PAS Kawasan Wangsa Maju, 14032010019554

Please follow and like us:

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.